8C BUAT SUAMI BENCI ISTERI!

BERIKUT MERUPAKAN EMEL YG AKU DPT…APE KATA KORNG?

C1. CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8. CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.

sumber : emel yg aku dpt

pandangan abbaz230585 :
yg penting dlm sesebuah hubungan adalah MUTUAL RESPECT! sng cite ‘if kalo ko nk org tu respect ko, maka respectlah org tu’. tolak ansur perlu ada. give and take. kalo ko nk iseri ko cantik utk ko, maka ko pon perlulah hensem untuk dier jugak..nih x..demand isteri mcm permaisuri tp ko mcm kobau balau tersesat kat KL neh..hehehehe. just my 2 cent! enjoy reading! tq!

wassalamz!

Advertisements

~ by abbazsmakl on May 5, 2009.

10 Responses to “8C BUAT SUAMI BENCI ISTERI!”

  1. kobau balau tersesat kat KL???
    hahahahhahahahahahahhahahahahha!

    sungguh amat lawak gila!

  2. abg baz, nape nak komen kena scroll ke atas balek?
    pelik r…
    tp tu bkn hal besar pown

    rasanya kita sebagai lelaki pown mungkin x boley buat 8C yg sama dkt isteri kita
    betulla…
    kena ada rasa hormat yg sama…
    kalu x, xkan berpeluk sebelah kaki

    kui3…

    • tula..maybe sbb theme dier cmtu kot..
      sy try cr nk kebawahkan dier tp mcm xjmpe je crnye…

      stuju dgn kamu..yg penting MUTUAL RESPECT kan?
      wahh statement..sebelah kaki lg kaki sape yg ko nk peluk tu?
      hahahahahaha

  3. thats true, bazli. semua duk bising pasal husband xsuka itu ini, what abt apa wife xsuka? ur damn right about the mutual respect. ur gf is very lucky!

    • tq shep..
      tu la yg sepatotnye ade dlm stp relationship..
      respect each other..
      tenkius!
      heheehehehe

  4. emm…how bout guys plak???sure isteri pon xnak suami yang 8C kan??hehe…
    p/s: light colour will bright ya day more..vote 4 pink!haha,,kidding only…

    • stuju dgn yana..
      sbb tu sy ckp mutual respect..
      hormat each other..
      i’allah sumenye lancar..
      ala kalo smthng goes wrong pon kan..pk jauhlah..
      be rational nit emosional ok?
      hehe

      pink? HAHAHAHAHAHA
      ur blog blh lah..but mine? sikit2 udahlah..
      [tp tgh cr shirt yg kaler light pink skang nih…]
      xde plak yg berkenan di hati..
      hehhee

  5. wah. bagus2x. preparation utk bakal isteri anda. haha

    • hahahahhaa
      bukan untuk peringatan isteri je pon..
      utk peringtan suami gak..
      layanan kene adil ye..hehehhe.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: